Saturday, May 7, 2011

i LOVE my Mother!








Assalamualaikum =)


Hello hye! Happy Saturday blogger. Entri kali ni nak sentuh pasal Hari Ibu. Tak kisah la kite panggil Mama ke Umi ke Mak ke Mummy ke. Masih menyambut orang yang sama kan. Still same.So, kali ni aku tak dapat nak celebrate Hari Ibu ngan mak and family yang lain.
Sebabnya,aku ngah minggu final exam ni. Ade 3papers to go before boleh balik hometown.
Ahh! sedih la! ='( Takpe. Jumaat ni boleh berambus dari BP. Bertahan yanaaaaaa~


Makanya, aku buat entri ni khas buat mak yang aku sayang seumur
hidup ku, Pn Noraaini Majid. Thanks mak, sebab bersusah payah mengandung and melahirkan aku and membesarkan aku selama 21tahun di muka bumi ni. Aku dari kecik memang nakal.
Malas study lak tuh. Adeiii~ Suke memberontak. Tapi normal kan
remaja suke memberontak and nak freedom. Masa tu akal tak matang lagi. Pikir nak enjoy jer.
Mesti pening and stress mak and ayah aku. Bak kata sayang aku. Aku ni banyak akei.
Tibe2 kang, ade je yang aku pikir plan. Mengarut2 pulak tuh. -__-"
Tapi alhamdulliah, aku menjadi manusia gak hasil didikan mereka2 yang aku sanjung. =)


Mak aku ni jenis yang cool jer. Tapi ade mase and ketika cepat tacing ngn ayah n adikbadik aku.
Hihi. Comel mak! Yang paling aku rindu, mak suke melayan aku bile aku buat lawak bodoh.
Sebab bile aku buat lawak bodoh ngn adikbadik aku, dorang jadi blur. Tak syiok ah.
Tapi mak boleh tangkap lawak aku. hihi. Mak aku ni pon pandai melawak gak. Tapi lawak dhe memang secara tibe2. Tak expect langsung. hihi


Oh ye. Aku rindu sangat time2 kecik. Mase tuh aku stil in primary school, sekolah petang kan.
Korang kan taw sekolah petang masuk pukul 1. So, around 12 aku kene siap tunggu bus Apek cina taman aku.Tapi kalau aku mengulor je kejenyer, dekat2 pukul 11 baru nak bangun. Mak dah ketuk pintu bilik cam nak tercabut dah suruh bangun. Kelam kabut mandi, pakai baju. Cari stokin cepat2 dalam laci. Lompat terus kat tangga pintu pakai kasut sekolah.
Mase tu aku appreaciate sangat orang yang buat kasut lekat tu je. Tak yah nak ikat tali kasut. hihihi. Mak lak dah siap tunggu kat tepi pintu dengan menatang sepinggan nasi and ayam kari.
Disuapnya aku kat tepi pintu tuh. Lambat2 pon, bising2 mak aku pon, dhe tak nak aku gi sekolah dengan perut kosong. Sweet tak mak aku? hihi. Mase tuh aku ase ayam kari tuh the best ever lah. Sebab mak yang suap. hihihih =)

Kalo mak marah aku bangun lambat. Modalnya, aku cakap lah aku stay up semalam
buat kerja Pendidikan Seni cikgu bagi. hihihi. Tapi memang betul pon. ;)



Semester 6 ni, aku balik rumah sekali jer. Itu pon mase cuti Chinese New Year. Ingatkan nak balik mase study week. Tapi banyak sangat project nak kene settle. Exhibition micro-p pon on last day lecture. Then, study week tu kene pergi field trip subject Power pulak. Kat Mnjung.
Tapi kitorang stay kat Teluk Batik.Aku pernah cerita kat dulu kat entri sebelum ni.
Tapi mak and ayah sangat sweet and baik hati. Dorang bersama nyah and Dini datang teluk batik jenguk aku. Mak semangat buat Kek Karot and coklat. Sedap sangat mak! Aku happy sangat time tu sebab dpt lepaskan rindu kat family.


So, mana aku nak dapat Mak sebaik mak aku dalam dunia ni?? Tak ade kan.
So, aku bersyukur sangat yang mak aku masih ada, boleh menegur aku mane yang salah, bagi nasihat and bergurau ngan aku. Appreciate our mother while she still alive, fellow!

Ana sayang sangat kat Mak!

Happy Mother's Day!

Moga mak panjang umor and sihat selalu. =)

Minggu depan kite jumpe ye mak!
















Friday, April 22, 2011

exhibition micro-p




Assalamualaikum =)

Salam 1 Malaysia! hye yoow~ Dah 1week tak hup-date belog ni.
Kusam habis sume. Cam muka aku ni dah. Tak terurus, tak cukup tidur sume lengkap
angkaraexhibition and report project.

Ok! Tak nak membebel banyak. Just aku nak story mory pasal hari jumaat lepas.
Eh eh! Apekehei nye jumaat tu?? Actually, ade exhibition subject Microprocessor and Microcontroller. Cerite isnin lepas tp baru berkesempatan nak cerita jumaat ni. -___-" Cian dowh~

Group kitorang buat pasal Air Quality Monitor. Ape bende ni? Camne dia function?
Haa..meh meh ni teman nak kabo ni. Kita sedia maklum yang atmosfera keliling kita ni dah banyak sangat diracuni. Lebih mudah. Senang crite. Air pollution yang sangat2 berleluasa dah melanda bumi kita ini. Ko gi keje,lecture naik bus, naik kereta, asap dari kenderaan korang tuh yang pollutekan udara. Tak cukup lagi dengan batang rokok yang korang hisap, asap dhe tuh bukan aje boleh rosakkan paru2 korang, rosakkan alam kita jugak. Pembakaran terbuka toksah cakap lah. Merata2 kita boleh nampak.

OK ! Alat yang kitrg buat tuk projek ni ialah alat yang boleh detect tahap polluted udara di sesebuah kawasan dengan bantuan sensor. Circuit tu nati kite sambung kat lappy tuk kuarkan output. Range 0-5 (good), 6-9 (moderate), >9 (bad). Component yang paling penting ialah UART cable tuk hantar data dari circuit ke lappy. Dhe cam pendrive tapi without casing. Ala..aku lupe nak rembat picture circuit dari Haniz. Aisyehh! Tak dapat nak tunjuk. =(


Mase try test before exhibition memang leh function. Tapi bile time panel nak datang la dhe wat hal. Ni sebab UART cable ni sensitif bendenyer. Tuh yang problem. Tapi alhamdulillah panel cam puas hati ngan circuit and penerangan kitorng and akhirnya dapat gak no 6. hahahah.
Memang kitorang tak expect pon sebab ramai kot group dlam 70++ laa. But still syukran Ya Allah. =)





Tengok! pic kitorang je lebih. Kalau la circuit tuh ade perasaan. Mesti
dah merajuk sbb tak snap pon pic dhe skali kn kn. huhuhu




OtakSedangMenjana | Oh exhibition ni habis kul 7ptg. Tapi aku blah awal sebb nak siapkan report Dr Yusof. huhu. Then esknyer satu class gerak ke Perak for Power field trip. Agak penat. Nati aku story pasal tu pulak. ok! nak belasah bakso sat. huhu


Saturday, April 16, 2011

tak terungkap dengan kata-kata.




Assalamualaikum =)


Salam belog muchie muchie tepat jam 12.13am hari Sabtu pagi.
Haa..baru dapat rehat sekarang ni. Penat tak terkate. BUSY is the best word to describe
this whole April. Tak de april fool april fool lagi dah this time.
Ni yang betoi2 bukan cobaan or sebarang ujikaji. Suddenly semua jadi serious.
Senyap jap. Toleh kanan nampak member ketuk2 lappy dengan muke ketat.
Toleh kiri nampak pulak member maki hamun sambil buat coding gune software yang
memang tak-kerjasama-tiada kompromi dengan tuan. -_-"


Okay. Ni bukan final semester which need us to do the thesis project.
Ni baru 3rd year project. Tapi dah nampak tanda tanda nak jadi gile disitu ye. Tapi itu semua aku rase tak ade problem sgt. Yang tak puas ati and menambahkan masalah organ manusia
yang paling penting untuk study which is OTAK, bile kite kene manage mase and divide kan
mase yang singkat dengan banyak program.



{ klik tuk tumbesaran }


Meraung satu option ke? or ade yang lagi better?



OtakSedangMenjana | Otak sedang menjerit kepenatan kot. -_-"


Aku yang serabot bot bottt,







Saturday, April 2, 2011

one short at saturday blues







Assalamualaikum :/


Morning hari sabtu! It's quite cold this morning.
But raining deep inside me. Hmmm. Just a short entry for this weekend.
Seriously i'm not in stable condition. pufff
I'm really frustrated!! Maybe you said it's the beginning of our relationship.
Where no disturbance from outsider. But still, u know how badly hurt i am.
Arggghh! Damn!!






OtakSedangMenjana | Where is the honesty in L O V E ?


unstable condition of me,




Friday, March 25, 2011

BIGBR0WNEYES MENYOKONG EARTH HOUR



Assalamualaikum :)



pada 8.30PM sabtu 26 march 2011

akan diadakan satu program earth hour dimana

kita akan mematikan lampu demi meyelamatkan bumi..

bayangkan 1 lampu mengeluarkan haba menjejaskan persekitaran..

jika 1 juta lampu digabungkan..bagaimana fikirkan..

kepanasannye…

walaupun hanya 1 jam anda mematikan lampu baca yg kecil..

ianya juga memberi kesan yang besar..percayalah..

untuk itu,marilah bersama sertai program ini..

demi anak-anak kita masa depan..

Jangan fikirkan ini satu perkara buang masa,

ini juga untuk keturunan anda.

DENGAN INI BIGBR0WNEYES MENYOKONG EARTH HOUR



Let's save our earth by joining this campaign here CITE.JE ! :)

Sunday, March 20, 2011

OH radiation!




Assalamualaikum :)

Happy sunday babes! Oh kalau datang hari ahad je semua muka confirm berseri-seri.
But seri tu ade time siang je la, masuk je malam muke semua buat muke stress. Mane taknye time malam gak la baru ingat belum sentuh assignment lah, belum study sebab ade test lah, belum siapkan proposal lah, belum gosokkan baju hubby lah.
Eh! yang last tu berangan jer. hahah =P
Haa..betul tak? Dan dan la malam tu nak buat semua sekali gus. Bajet sempat lah nak siapkan by that nite. Padan same kau, sape suruh gi joli sakan kuar town. hihihi
(Situasi di atas memperli diri sendiri. haiss -__-")


Ah merepek lagi aku ni. Okay okay. Aku nak cerita pasal radiation effects yang aku alami sendiri.
Tapi bukan sebab Jepun punye nuclear power plant meletup tuh. So, jangan takut.
Ni sebab selasa haritu aku masuk Applied Electromagnetic Lab. The experiment is about antenna. Kitorang kene investigate the radiation pattern for each types of antenna.
Types of antenna ni ade banyak but for this experiments kitorang just gune Yagi-uda antenna, Horn antenna and Dipole antenna.


Experiment ni tak berapa bahaya sangat. But still, kitorang kene ikut arahan technician as well as do and don't things while conduct the experiment. Mase switch on alatan tu dah terasa pening berdenyut denyut otak ni. And susah nak bernafas sikit. Tapi bile aku tanye member aku yang lain dorang takde pulak rasa camtun. Erm..curious gak. Oh keliling alatan yang akan generate radiation tu diletakkan absorbers to prevent the radiation tersebar di free space. Kalau tersebar kat free space sangat sangat tak baik yer. Effects sangat teruk nati. Aku ni pon dah pening-pening. hihih. Radiation pattern tuh kite gunakan sofware Classy Lab.


So now dah hari ke-4, ade lagi rase pening. Berdenyut denyut. Infact, while i'm typing this entry pon terasa berdenyut. Maybe dhe tau aku bercerita pasal dhe kot. hihih
Oklah, saje je aku nak bercerita pasal radiation effects yang aku alami ni. Memang sikit je yang aku rasa. Apatah lagi mereka rakyat North-East Japan yang terdedah
dengan radiasi yang sangat tinggi.
Sama samalah berdoa agar semua nyer berakhir dan mereka selamat dari sebarang
earthquake dan gelombang tsunami baru pula.


< ni lah absorbers yang aku cakap tadi. Time snap pic ni kitorang dah switch of
alat ni. So, don't worries ;) >




OtakSedangMenjana | Jom sambung study Electric Power System. Part theory belum sentuh lagi. Syiettttt~



Yang still terasa denyutan di kepala,


Wednesday, March 16, 2011

Nasi Minyak JB





Assalamualaikum :)

Hye there miss belog!
Last entri ritu aku cerita pasal makan free kat Pontian kan. Okay this time, makan free at JB. Yepp! Last weekend, a friend of mine kahwin. Opss! Silap silap.
Kakak dhe yang kahwin. Kalau kawan aku tuh yang kahwin, dah lame mak datang awal seminggu rumah kau nokk! hehe. Joking je lah Haniz jangan marah taw. :)


So, kerana terlampau excited sangat, sebelum subuh lagi kitorang dah bangun, bertolak ke JB. Tengok! Betapa excited tak kitorang? Punye nak jalan jauh la katekan kan kan.
Percaya ke muka-muka cam kitorang ni punya keghairahan bangun pagi? Hah! Lupekan jelah.
Tipu je semua tu. Bercinta la kalau betul-betul jadi. bahaha.
Lepas kumpulkan semua kroni-kroni. Perghh! Cam banyak je kan kroni kau. huhu
Dalam pukul 10pagi gak la kitorang start our journey. =P
Alah, lagi pun BP-JB bukan jauh sangat pun. huu~
Relax la der~


Sampai je JB dalam pukul 11pagi, stress je tibe-tibe. Sebab per? Kalau korang tengok TV3 mesti tau punye. Jalan jammed gile babeng nyer lah. Jom Heboh ade kat JB, kat area Dangabay.
Adehh~ Berfeluh2 ketiak ni. Padahal on air-cond kereta. huhu
Lame gak la stuck lam jam ni. Sampai je rumah Haniz kitorang terus mencekik sebab perut terlampaulah lapar. Dari pagi tak makan breakfast. Just jamah sikit snack Apollo. :)
Makanan memang semua sedap-sedap. Oh! the bride and groom nye sangat sweet and secocok.
Pelamin pon sangat-sangat santekk giler. Suke makk tgk!! :)


Lepak-lepak jap ngan Haniz. Then around 4.30pm kitorang beransur balik.
Eh eh! Tak kan lah datang jauh2 nak balik terus kan. Tak rock ah camni. Kitorang cuci-cuci mate jap masuk UTM. Oh, Utm ade buat fest. Something bout horse riding competition kot. Tak taw lah aku. Tapi dapat sambutan kot. ramai datang. Then, kitorang singgah Jom Heboh at Dangabay jap. Tapi hujan lak. Tapi redah jer. :) Ramai artis. Siap dapat tengok pelakon filem Congkak tu (aku tak tahu name dhe =P) bergelek live lagi. huhu
Ade someone tu siap tinggalkan aku sebab nak tengok dekat-dekat nyer pasal. Ciss~ -__-


Makan dah. Minum dah. Cuci mate dah. Tengok orang gelek pun dah. Badan lak mintak rest.
So, dalam pukul 7pm camtu kitorang gerak balik BP. Penat sangat tak tercakap. Semua pakat senyap jer along way back to BP. hihi. Before sampai depan rumah, dapat peluk bantal bucuk,
kitorang jalan jalan cari makan lagi kat area uni. Pekena dulu bakso, nasi goreng kampung ngan teh o ais baru senang tidur kan. hahah Buruk benor perangai. hissk~ =P






Ni muka-muka before pekena nasi minyak.
lapooo~

pinjam pic dari belog ili. malas aku nak edit yang ori.
gegegge
Lawa kan pelamin dhe. sangat2 grand! :)

ni bakal pengantin kot..
hihi

Tak banyak snap pic kat sini. Tak larat nak posing.
Kaki gile dah lenguh. Berterabur langkah =P





OtakSedangMenjana | payah betoi la bile aku pikir lame2. Adoii~ Ya Allah, engkau permudahkan lah segalanya Amin.





Yang malas nak meng'update' belog,





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...