Tuesday, May 25, 2010

perkara yang perlu diketahui oleh LELAKI mengenai WANITA



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang
menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia
sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati
bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan
sorang lelaki, lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia
sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya, dia
akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang
sukakan kamu separuh mati,tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab
ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan,dia akan lakukan
apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya
kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan
isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni lansung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam
diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si
gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik
saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak
sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah
mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak
berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk
memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan
menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat
teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang
sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai
setulus hati.Dengan i! ni dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil
berat tentang mereka dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita
kerana apa yang dia mahu hanyalah
perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.






gambar hiasan

Wednesday, May 19, 2010

Gebuuuuuuu~



Ahha! Harini aku happy sgt sebabbbbbbb....aku telah berjaya menghasilkan pau yang GEBU!!!
hahaha. It's a satisfaction for me setalah beberapa hari mencuba buat pau yang gebu ni. Selalu nyer xgebu sgt. Mak ckp, xpas slagi xgebu cam org2 jual kat luar sane. So, prakris la ari2,last2 xrugi mencoba n xputus ase..Mak bagitaw satu rahsia menghasilkan pau or kueh or kek yang cantik gebu n sedap, kenelah enjoy mse membuat makanan tu. Lagi bagus kalo berzikir. Jangan lah monyok jer muke tu, nati kueh pon bantat laaaa..hahha. Em, means aku dah berjaye la ni kan..wahhhh!!! suke suke2! Ni yang ase cam nak wat pau ari2 ni...huhuhu..( eh yana! mmg la kow kne wat ari2, kow kat berniaga cuti sem ni)..hahha..lupe la pulak kan..=)






oHhh! inilah hasil senyuman aku pagi tadi semasa wat pau ni.
(^_______^)



p/s next entri aku nak mengomel pasal part time job aku mse sem break ni.
DUET!!....DUET!!!..

Tuesday, May 18, 2010

sepetang di KUALA SEPETANG






Entri kali ni aku nak mengomel pasal aku and family tercinta aku buat segmen jalan-jalan cari makan. huhu. Kali ni kami menerjah warung makanan MEE UDANG MAKJAH kat Taiping Perak.

Sabtu lepas, lepak mak balik dari kursus haji and Dini balik dari aktivit sekolah, Yang lak ambil opah dari kmpung kitorg bertolak ke Taiping pukul 1.30ptg. Sampai jer kat sana, kitrg solat jemaah kat surau Mangrove Rain Forest Taiping.
Pukul 3.00ptg baru la tayar kereta bergolek2 di jalanan dan berhenti di destinasi bajet kiter..Opsss! bukan lah..destinasi utama kiter..huhu..Warung Mee Udang MAKJAH ni dekat sgt dengan Mangrove Rain Forest tadi. Masa kitrg sampai xramai lagi y ader kat warung tu. Specialities nyer kat warung mee udg mak jah ni adalah mee udang nyer..wooo!
Memang besh la pasal udang nyer byk n besar2 lak tu..Selain tu, menu lain kuetiow udang, nasi goreng udang, sambal udang and mcm2 laa..xingat lak semua menu.





Haa..ni lah Mee Udang MAKJAH.
licking ur fingers i told u..=)



Tengoklah berapa buah bot dtg berlabuh di meja kami. ;P



Muka kenyang aku~


Ini adalah gambar di sekitar Mangrove Rain Forest Taiping. Kat sini ader disediakan tapak perkhemahan. So, kalau budak2 skolah or uoll nak camping kat sini boleh ajer. =)







Eh eh.. macam berdating lak dorang ni kan..=)









Mak yang gorgeous!!



Orait! Buat pengetahuan semua, Port Weld ni mmg dah terkenal ngan jualan yang berasaskan udang. So, tak heran la nati kalo korang2 lalu tepi2 jalan ader byk kedai2 menjual mee udang.
And aku xterkejut pon kalo korg pening nak choose warung mane korang nak pergi. hihi.
Selain Warung MAKJAH td, Warung Mee Udang Salleh pon sodap gak. Korang leh la try kalo singgah ke K. Sepetang suatu hari nanti. heee







Mee Udang Special.
special nyer extra udang yang bersaiz besar!!

Wednesday, May 12, 2010

kEpuLanGaN DaKu di IPOH

Cuti sem dah pon bermula 5 hari lepas. Sabtu lepas, sampai jer kat IPOH pukul 3ptg, family dah plan nak g KL petang tu gak. ADESS~ Tak sempat nak say hallo peluk cium katil n bantal aku, kene siap2 g KL lak kan. Nevermind, ikot jer, bukan nyer aku yang drive kan. huhu. So, sampai KL dah kul 10mlm. Kak yong n yeop belanja kitrg dinner kat Kampung Baru, KL.
Kitorg makan kat HR Steak House. Disebabkan hari tu ari sabtu, weekend, maka ramailah mkhluk Allah yang dtg mengisikan perut diorg yang tengah kelaparan tu. huhu. Agak lame la gak nk cari tempat and tunggu order sampai. Tapi aku suke environment restoran ni, ala ala bar zaman COWBOY. Siap ader BARTENDER BAR lak. hihi. Tp kalo bawak orang2 tue spt opah2 n atok2 ni agak payah laa. Nati diorg cam mabuk cikit, maklum la crowded kn tempat ni and gelap lak. huhu. Aku mkn Fish and Chip jer. Kenyang laa. Adek bradik aku mkn giler byk. Diorang order Lamb Chop Combo lagi. Wallaahhhh~
Cam nak pengsan lak kan nak menghabiskan satu pinggan. haha. Lam kul 1pagi gak la kitrg gerak balik Bangsar, umah akk aku ni. huhu

Next day after breakfast tomyam+nasi puteh+ayam merah [ giler kuat makan family ko ni YANA! haha. suke ati aku la kn ;P ] kitorg gerak g BUKIT ANTARABANGSA. Pergi melawat opah aku AKA mak ayah aku yang baru jer selamat menjalani pembedahan kornea. So, lepak2 kat sane siap makan lunch skali. Sembang2 ngn kazen2 yang dh lame xjumpe sampailah jam menunjukkan kul 6ptg. Chewaahhh! haha. Ape lagi? Ayah dah buat insyarat mata dah. Nati sampay IPOH lewat sgt. Salam + snap some memorial pic. Go back to my home town. Dalam hati ckp "bantal...bear...katil..wait for me eyh!". huhu

Next entry aku nak cerite sikit activiti2 aku buat mse sem break kali ni~
Penat pikir dah ni. Tak ade idea. Orang perak ckp 'penat memikior dah teman ni'. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...