Sunday, November 20, 2011

MERONTA



Assalamualaikum



"bende ni macam makan jiwa aku secebis secebis. sakit. and aku dapat rasa bila hari nyer makin hampir."


"hidup aku makin serabut. fikiran pulak, kusut. "



"tertekan. stress. mmg best word describe condition aku sekarang ni."


"tolong aku Ya Allah. "














Saturday, October 1, 2011

I'm officially a senior student! OMG??





Assalamualaikum :)


Huarggg! Mata rase macam berat gile. Penat semacam. Nak kata struggle buat proposal PSM1, tapi proposal dah selamat and approved by SV aku. Haishh.
Mata mata ni gedix la pulak. Kenyang sgt kot. :P
Dinner tadi aku choose to have fast food je, senang! Duduk Taman U ni semua bende ade.
mcD ade, mamak 24hrs ade, 7e ade. Haaa, mmg senang la kalau bab makan ni. :)



OK! Actually bukan nak gebang pasal Tmn U tp sebab nak hupdate entry baru. Member2 ak dah taknak dgr cerita basi ak ni. So, i need to update something new here. Kalo perasan la kan, tadi aku sebut pasal PSM - Projek Sarjana Muda or some others called FYP - Final Year Project.
Nampak kan betapa lame ak tak update blog ni since raya and now
dah submit proposal PSM aku.
Dear belog, PSM is my BFF for this time being ! Sorrry! -__-"



So, it's the 3rd week since semester 7 registration. And i'm now officially a senior!! OMG!
Macam last year baru je nak kenal BP ni, nak cari gerai sedap2 kat Pt Raja, nak kenal2 lecturer yang mengajar kat UTHM ni, nak bermalas malasan pergi kelas. Damn! Cepat betoi la masa berlalu. huhu.



Semester ni memang agak stress ngan kelas as well as my 'BFF' tu. Problem dgn SV lagi, but atleast i managed to get a new SV since antenna is a NO WAYYY subject ever in mylife. Thx God! Alhamdulillah :) Btw, title for my PSM is Wireless CCTV Monitoring System. Sounds familiar kan? But i'ts not! Ak kene design cctv yg boleh monitor menggunakan handphone.
Need more research on the wireless, gsm technology. Moga segalanya dipermudahkan. :)



That's it! My 1st entry for semester 7. :P
Need to rest rite now. Sleep well!
Adiosss~







Tuesday, September 6, 2011

Salam Lebaran 2011




Assalamualaikum :)


Heyyo! Hi! Selamat Hari Raya. Life yang sangat buzy like a bee for this few weeks. Alah!
Macam tak menyempat nak godek2 belog ni kasi cantik. hihi. sori lah ye.



Start from 2nd week Ramadhan lagi muke ni ngadap oven. Struggling to finish the orders lah katekan. Alhamdulillah. Murah rezeki tahun ni for my sis and i. Tak larat gak nak
siapkan. Tapi ku gigihkan jua. hihi



Oh! On 16 of Ramadhan my elder sis pulak selamat bersalin. Syukur. Even its 2weeks early than the actual due date, yet the baby were born healthy and mummy pon selamat :)
We all soo happy and the most buzy person time tu is my mom lah.
Dhe lah ke hulur ke hilir. Jaga cucu sulung dhe. hihi. Lucky baby boy dapat opah Ani. :)



This year guests yang datang memang BOOMMM! Ramai kau. Tak terkate penatnyer.
1st Raya je, penatnyer dah macam beraya 3 hari. gegegge. 1st day masak laksa and mee jawa.
On the 4th day masak bihun tomyam lak. Raya ke-6 masak mihun sup. Walaweyh!
Penat ya amat. Tapi happy sebab ramai yang datang, duet raya pon dapat. Hey! sape kate umor dah 20++ tak dapat duet raya? I dapat je ok. U ll kene buat muke tomey je lah. bahahahah :P



Even semalam pon ade gak yang datang. Well ramai ler sebab nak tengok baby boy raya kami. hihi. So, thank you sangat2 kepada semua yang datang. Sorry sangat kalo layanan yang kurang dari kami. Datang umah kitrg ni jangan segan2, buat macam umah sendiri, nati kalo u all shy2 cat, makanan habis. Haaaa, u all gak rugi ye dok? hihihi









early in da morning photo before guests came to
meet the litte Zafran :)





5th raya at Azza's :)




small gathering. tak cukup korum la this year.
Nvm, next year insyaAllah :)



And special features for this year. eceh ape da features. :P

Meet the highest duet raya collector this year haha

heyyoww..im
MUHD HAZIQ ZAFRAN :)






Sunday, July 31, 2011

1st Ramadhan & Tempahan Biskut Raya 2011





Assalamualaikum. :)




Halo halo... Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan dah kite ni kan?
Harini tengok baby bulan and tadi kat tv dah diumumkan esok-1hb Ogos 2011 dah start puasa.
Alhamdulillah sempat juga aku ketemu Ramadhan tahun ni. Harap aku dapat teruskan
berpuasa dan sambut raya. InsyaAllah. :)





Actually, aku nak buat entri ni dah lame dah. Tapi asyik2 lupe, asyik2 bz, asyik2 malas. Tetttt~
hihihi. So, malam ni baru aku berkesempatan nak menulis. Cuti sem ni lame sangat,
tapi aku tak dapat nak keje. Bukan sebab xdapat offer, tapi sebab bz dengan e-day abang aku
and kenduri kazen




So, if aku keje, and have to apply cuti banyak kali, sounds hard kan.
Cam sesenang je tokeh tu nak kasi cuti banyak kali. End of day nati kene firedddd! :P
Better toksah nak keje. huahuahau




As to cover my plan A aku tadi yang memang nak keje, aku change to plan B.
huhu. Jadi tokeh kueh. Haaa, bulan puasa ni aku berniaga kuih raya dengan akak aku.
Hope berkat Ramadhan ni adelah ana untung sedikit. Amin~ :)


Semuanya ada 5 jenis kuih :




MAMA KARRIES

biskut berintikan gajus dan disalut coklat serta ditaburi badam cincang :)




VIENNESE FINGERS

biskut berperisa oren bercelup coklat yang lazat :)




SEMPERIT

biskut tradisi zaman berzaman :)




TART INDONESIA

berintikan jem nenas yang sedap! jem buat sendiri taw. :)



CHOCOLATE NUTTY COOKIES

biskut coklat rangup yang kaya dengan badam cincang dan chocolate chips :)



Pada sesiapa yang berada di area IPOH ni and berminat tuk order,


Harga semua jenis kuih diatas ialah


RM22 - 50 pieces.
RM40 - 100 pieces


Meh la order! ^_____^




OtakSedangMenjana | moh kite tingkatkan amalan puasa dan amal ibadah dlm bulan Ramadhan yang penuh barakhah ini. Selamat berpuasa!!! :)





Thursday, July 14, 2011

a faithfully lover





Assalamualaikum :)


Wow! Byknyer sawang plus habuk kat belog aku ni. Kecian mucuk2 darl belog.
Tak berkesempatan nak update. Maklum lah, dulu rajin update sebab stay kat hostel, kat rumah sewe. Memang ade mase. Membujang lah katekan. hihi. Tapi now dah ade kat my homesweethome. So, takde lah istilah bujang lagi, takde time nak mengulor kat atas katil
lame2. By 12noon dah kene get ready lunch for family. Tolong mak ape
yang patut. hihi


After this, InsyaAllah aku takkan sisihkan mu belog. hihi. Oh! plan aku nak update pasal kueh raya aku jual pon jadi lupe. Hiskk! Bussiness pon leh lupe ker bhai? -__-"
Will note it in my reminder later.

Okay, actually harini aku happy sgt. Sebabnyer my syg datang gak amik birthday gift dhe tadi.
Pelik kn. Orang nak kasi hadiah, kene lah dtg jumpe si birthday girl/boy tu. Ni laen cite lak. hihihi. He so happy to received my gift even his birthday is on tuesday. 2 days delay.
Nak wat camne kan. Dhe ade hal lak. It's okay aku paham.


Emm, nothing left to say. Malam ni khamis mlm jumaat. I need to get ready.
Baca Yassin daa~ Jgn pikir laen lak eh. :P


Again! Happy Birthday to you dear! :)




macam besday girl lak. pinky!
sory lah dear~ hihi


Btw, thx for this.

OtakSedangMenjana | Esok g Kl makan kenduri. Yeaayhh!






Friday, May 20, 2011

double tumbs up for NUR KASIH THE MOVIE


Assalamualaikum :)


Korang tengok tak drama Nur Kasih yang kat tv3 dulu tu??? Tengok tak?
Cerita tu giler best. Memang sesuai tuk semua genre lah aku ckp. Dari budak kecik ke budak remaja cam aku ni (still remaja ker pun? ;P ) sampai lah ke makcik2, mak2 kite. Tapi drama tu dah lame dah. Dalam 1year ago tak silap aku.


So, sekarang ade movie laks. And semalam pada tanggal 19mei2011,
aku tengok wayang ngan Atul and Nida. First time kot. Bukan first time tengok wayang, tapi first time tengok cerita on the first day cerita tu released. hihihi.


So, what i can say. No words. Just TUMBS UP !! Yeah, DOUBLE tumbs up i gave for this
movie. Pengisian yang sangat baik and ofcoz cerita dhe sweeeeeet. Awwww~
Tibe2 rase nak kahwin cepat2. bahahahahah
Pelakon lak memang sgt menjiwai watak including watak si comel Mia Sara and a boy-Ilyas, tak taw nama sebenar dhe. Memang bile Ilyas cakap, air mata meleleh. Perrgghhhh!!
Kau memang pandai berlakon budak. ;)










OtakSedangMenjana | kepada sesiapa yg nak ajak aku tgk cite ni. Silekan lah! i rela tgk banyak2 kali. hihih ;)







Yang sedang tak jemu2 mendengar lagu2 movie ni,












Saturday, May 7, 2011

i LOVE my Mother!








Assalamualaikum =)


Hello hye! Happy Saturday blogger. Entri kali ni nak sentuh pasal Hari Ibu. Tak kisah la kite panggil Mama ke Umi ke Mak ke Mummy ke. Masih menyambut orang yang sama kan. Still same.So, kali ni aku tak dapat nak celebrate Hari Ibu ngan mak and family yang lain.
Sebabnya,aku ngah minggu final exam ni. Ade 3papers to go before boleh balik hometown.
Ahh! sedih la! ='( Takpe. Jumaat ni boleh berambus dari BP. Bertahan yanaaaaaa~


Makanya, aku buat entri ni khas buat mak yang aku sayang seumur
hidup ku, Pn Noraaini Majid. Thanks mak, sebab bersusah payah mengandung and melahirkan aku and membesarkan aku selama 21tahun di muka bumi ni. Aku dari kecik memang nakal.
Malas study lak tuh. Adeiii~ Suke memberontak. Tapi normal kan
remaja suke memberontak and nak freedom. Masa tu akal tak matang lagi. Pikir nak enjoy jer.
Mesti pening and stress mak and ayah aku. Bak kata sayang aku. Aku ni banyak akei.
Tibe2 kang, ade je yang aku pikir plan. Mengarut2 pulak tuh. -__-"
Tapi alhamdulliah, aku menjadi manusia gak hasil didikan mereka2 yang aku sanjung. =)


Mak aku ni jenis yang cool jer. Tapi ade mase and ketika cepat tacing ngn ayah n adikbadik aku.
Hihi. Comel mak! Yang paling aku rindu, mak suke melayan aku bile aku buat lawak bodoh.
Sebab bile aku buat lawak bodoh ngn adikbadik aku, dorang jadi blur. Tak syiok ah.
Tapi mak boleh tangkap lawak aku. hihi. Mak aku ni pon pandai melawak gak. Tapi lawak dhe memang secara tibe2. Tak expect langsung. hihi


Oh ye. Aku rindu sangat time2 kecik. Mase tuh aku stil in primary school, sekolah petang kan.
Korang kan taw sekolah petang masuk pukul 1. So, around 12 aku kene siap tunggu bus Apek cina taman aku.Tapi kalau aku mengulor je kejenyer, dekat2 pukul 11 baru nak bangun. Mak dah ketuk pintu bilik cam nak tercabut dah suruh bangun. Kelam kabut mandi, pakai baju. Cari stokin cepat2 dalam laci. Lompat terus kat tangga pintu pakai kasut sekolah.
Mase tu aku appreaciate sangat orang yang buat kasut lekat tu je. Tak yah nak ikat tali kasut. hihihi. Mak lak dah siap tunggu kat tepi pintu dengan menatang sepinggan nasi and ayam kari.
Disuapnya aku kat tepi pintu tuh. Lambat2 pon, bising2 mak aku pon, dhe tak nak aku gi sekolah dengan perut kosong. Sweet tak mak aku? hihi. Mase tuh aku ase ayam kari tuh the best ever lah. Sebab mak yang suap. hihihih =)

Kalo mak marah aku bangun lambat. Modalnya, aku cakap lah aku stay up semalam
buat kerja Pendidikan Seni cikgu bagi. hihihi. Tapi memang betul pon. ;)



Semester 6 ni, aku balik rumah sekali jer. Itu pon mase cuti Chinese New Year. Ingatkan nak balik mase study week. Tapi banyak sangat project nak kene settle. Exhibition micro-p pon on last day lecture. Then, study week tu kene pergi field trip subject Power pulak. Kat Mnjung.
Tapi kitorang stay kat Teluk Batik.Aku pernah cerita kat dulu kat entri sebelum ni.
Tapi mak and ayah sangat sweet and baik hati. Dorang bersama nyah and Dini datang teluk batik jenguk aku. Mak semangat buat Kek Karot and coklat. Sedap sangat mak! Aku happy sangat time tu sebab dpt lepaskan rindu kat family.


So, mana aku nak dapat Mak sebaik mak aku dalam dunia ni?? Tak ade kan.
So, aku bersyukur sangat yang mak aku masih ada, boleh menegur aku mane yang salah, bagi nasihat and bergurau ngan aku. Appreciate our mother while she still alive, fellow!

Ana sayang sangat kat Mak!

Happy Mother's Day!

Moga mak panjang umor and sihat selalu. =)

Minggu depan kite jumpe ye mak!
















Friday, April 22, 2011

exhibition micro-p




Assalamualaikum =)

Salam 1 Malaysia! hye yoow~ Dah 1week tak hup-date belog ni.
Kusam habis sume. Cam muka aku ni dah. Tak terurus, tak cukup tidur sume lengkap
angkaraexhibition and report project.

Ok! Tak nak membebel banyak. Just aku nak story mory pasal hari jumaat lepas.
Eh eh! Apekehei nye jumaat tu?? Actually, ade exhibition subject Microprocessor and Microcontroller. Cerite isnin lepas tp baru berkesempatan nak cerita jumaat ni. -___-" Cian dowh~

Group kitorang buat pasal Air Quality Monitor. Ape bende ni? Camne dia function?
Haa..meh meh ni teman nak kabo ni. Kita sedia maklum yang atmosfera keliling kita ni dah banyak sangat diracuni. Lebih mudah. Senang crite. Air pollution yang sangat2 berleluasa dah melanda bumi kita ini. Ko gi keje,lecture naik bus, naik kereta, asap dari kenderaan korang tuh yang pollutekan udara. Tak cukup lagi dengan batang rokok yang korang hisap, asap dhe tuh bukan aje boleh rosakkan paru2 korang, rosakkan alam kita jugak. Pembakaran terbuka toksah cakap lah. Merata2 kita boleh nampak.

OK ! Alat yang kitrg buat tuk projek ni ialah alat yang boleh detect tahap polluted udara di sesebuah kawasan dengan bantuan sensor. Circuit tu nati kite sambung kat lappy tuk kuarkan output. Range 0-5 (good), 6-9 (moderate), >9 (bad). Component yang paling penting ialah UART cable tuk hantar data dari circuit ke lappy. Dhe cam pendrive tapi without casing. Ala..aku lupe nak rembat picture circuit dari Haniz. Aisyehh! Tak dapat nak tunjuk. =(


Mase try test before exhibition memang leh function. Tapi bile time panel nak datang la dhe wat hal. Ni sebab UART cable ni sensitif bendenyer. Tuh yang problem. Tapi alhamdulillah panel cam puas hati ngan circuit and penerangan kitorng and akhirnya dapat gak no 6. hahahah.
Memang kitorang tak expect pon sebab ramai kot group dlam 70++ laa. But still syukran Ya Allah. =)





Tengok! pic kitorang je lebih. Kalau la circuit tuh ade perasaan. Mesti
dah merajuk sbb tak snap pon pic dhe skali kn kn. huhuhu




OtakSedangMenjana | Oh exhibition ni habis kul 7ptg. Tapi aku blah awal sebb nak siapkan report Dr Yusof. huhu. Then esknyer satu class gerak ke Perak for Power field trip. Agak penat. Nati aku story pasal tu pulak. ok! nak belasah bakso sat. huhu


Saturday, April 16, 2011

tak terungkap dengan kata-kata.




Assalamualaikum =)


Salam belog muchie muchie tepat jam 12.13am hari Sabtu pagi.
Haa..baru dapat rehat sekarang ni. Penat tak terkate. BUSY is the best word to describe
this whole April. Tak de april fool april fool lagi dah this time.
Ni yang betoi2 bukan cobaan or sebarang ujikaji. Suddenly semua jadi serious.
Senyap jap. Toleh kanan nampak member ketuk2 lappy dengan muke ketat.
Toleh kiri nampak pulak member maki hamun sambil buat coding gune software yang
memang tak-kerjasama-tiada kompromi dengan tuan. -_-"


Okay. Ni bukan final semester which need us to do the thesis project.
Ni baru 3rd year project. Tapi dah nampak tanda tanda nak jadi gile disitu ye. Tapi itu semua aku rase tak ade problem sgt. Yang tak puas ati and menambahkan masalah organ manusia
yang paling penting untuk study which is OTAK, bile kite kene manage mase and divide kan
mase yang singkat dengan banyak program.



{ klik tuk tumbesaran }


Meraung satu option ke? or ade yang lagi better?



OtakSedangMenjana | Otak sedang menjerit kepenatan kot. -_-"


Aku yang serabot bot bottt,







Saturday, April 2, 2011

one short at saturday blues







Assalamualaikum :/


Morning hari sabtu! It's quite cold this morning.
But raining deep inside me. Hmmm. Just a short entry for this weekend.
Seriously i'm not in stable condition. pufff
I'm really frustrated!! Maybe you said it's the beginning of our relationship.
Where no disturbance from outsider. But still, u know how badly hurt i am.
Arggghh! Damn!!






OtakSedangMenjana | Where is the honesty in L O V E ?


unstable condition of me,




Friday, March 25, 2011

BIGBR0WNEYES MENYOKONG EARTH HOUR



Assalamualaikum :)



pada 8.30PM sabtu 26 march 2011

akan diadakan satu program earth hour dimana

kita akan mematikan lampu demi meyelamatkan bumi..

bayangkan 1 lampu mengeluarkan haba menjejaskan persekitaran..

jika 1 juta lampu digabungkan..bagaimana fikirkan..

kepanasannye…

walaupun hanya 1 jam anda mematikan lampu baca yg kecil..

ianya juga memberi kesan yang besar..percayalah..

untuk itu,marilah bersama sertai program ini..

demi anak-anak kita masa depan..

Jangan fikirkan ini satu perkara buang masa,

ini juga untuk keturunan anda.

DENGAN INI BIGBR0WNEYES MENYOKONG EARTH HOUR



Let's save our earth by joining this campaign here CITE.JE ! :)

Sunday, March 20, 2011

OH radiation!




Assalamualaikum :)

Happy sunday babes! Oh kalau datang hari ahad je semua muka confirm berseri-seri.
But seri tu ade time siang je la, masuk je malam muke semua buat muke stress. Mane taknye time malam gak la baru ingat belum sentuh assignment lah, belum study sebab ade test lah, belum siapkan proposal lah, belum gosokkan baju hubby lah.
Eh! yang last tu berangan jer. hahah =P
Haa..betul tak? Dan dan la malam tu nak buat semua sekali gus. Bajet sempat lah nak siapkan by that nite. Padan same kau, sape suruh gi joli sakan kuar town. hihihi
(Situasi di atas memperli diri sendiri. haiss -__-")


Ah merepek lagi aku ni. Okay okay. Aku nak cerita pasal radiation effects yang aku alami sendiri.
Tapi bukan sebab Jepun punye nuclear power plant meletup tuh. So, jangan takut.
Ni sebab selasa haritu aku masuk Applied Electromagnetic Lab. The experiment is about antenna. Kitorang kene investigate the radiation pattern for each types of antenna.
Types of antenna ni ade banyak but for this experiments kitorang just gune Yagi-uda antenna, Horn antenna and Dipole antenna.


Experiment ni tak berapa bahaya sangat. But still, kitorang kene ikut arahan technician as well as do and don't things while conduct the experiment. Mase switch on alatan tu dah terasa pening berdenyut denyut otak ni. And susah nak bernafas sikit. Tapi bile aku tanye member aku yang lain dorang takde pulak rasa camtun. Erm..curious gak. Oh keliling alatan yang akan generate radiation tu diletakkan absorbers to prevent the radiation tersebar di free space. Kalau tersebar kat free space sangat sangat tak baik yer. Effects sangat teruk nati. Aku ni pon dah pening-pening. hihih. Radiation pattern tuh kite gunakan sofware Classy Lab.


So now dah hari ke-4, ade lagi rase pening. Berdenyut denyut. Infact, while i'm typing this entry pon terasa berdenyut. Maybe dhe tau aku bercerita pasal dhe kot. hihih
Oklah, saje je aku nak bercerita pasal radiation effects yang aku alami ni. Memang sikit je yang aku rasa. Apatah lagi mereka rakyat North-East Japan yang terdedah
dengan radiasi yang sangat tinggi.
Sama samalah berdoa agar semua nyer berakhir dan mereka selamat dari sebarang
earthquake dan gelombang tsunami baru pula.


< ni lah absorbers yang aku cakap tadi. Time snap pic ni kitorang dah switch of
alat ni. So, don't worries ;) >




OtakSedangMenjana | Jom sambung study Electric Power System. Part theory belum sentuh lagi. Syiettttt~



Yang still terasa denyutan di kepala,


Wednesday, March 16, 2011

Nasi Minyak JB





Assalamualaikum :)

Hye there miss belog!
Last entri ritu aku cerita pasal makan free kat Pontian kan. Okay this time, makan free at JB. Yepp! Last weekend, a friend of mine kahwin. Opss! Silap silap.
Kakak dhe yang kahwin. Kalau kawan aku tuh yang kahwin, dah lame mak datang awal seminggu rumah kau nokk! hehe. Joking je lah Haniz jangan marah taw. :)


So, kerana terlampau excited sangat, sebelum subuh lagi kitorang dah bangun, bertolak ke JB. Tengok! Betapa excited tak kitorang? Punye nak jalan jauh la katekan kan kan.
Percaya ke muka-muka cam kitorang ni punya keghairahan bangun pagi? Hah! Lupekan jelah.
Tipu je semua tu. Bercinta la kalau betul-betul jadi. bahaha.
Lepas kumpulkan semua kroni-kroni. Perghh! Cam banyak je kan kroni kau. huhu
Dalam pukul 10pagi gak la kitorang start our journey. =P
Alah, lagi pun BP-JB bukan jauh sangat pun. huu~
Relax la der~


Sampai je JB dalam pukul 11pagi, stress je tibe-tibe. Sebab per? Kalau korang tengok TV3 mesti tau punye. Jalan jammed gile babeng nyer lah. Jom Heboh ade kat JB, kat area Dangabay.
Adehh~ Berfeluh2 ketiak ni. Padahal on air-cond kereta. huhu
Lame gak la stuck lam jam ni. Sampai je rumah Haniz kitorang terus mencekik sebab perut terlampaulah lapar. Dari pagi tak makan breakfast. Just jamah sikit snack Apollo. :)
Makanan memang semua sedap-sedap. Oh! the bride and groom nye sangat sweet and secocok.
Pelamin pon sangat-sangat santekk giler. Suke makk tgk!! :)


Lepak-lepak jap ngan Haniz. Then around 4.30pm kitorang beransur balik.
Eh eh! Tak kan lah datang jauh2 nak balik terus kan. Tak rock ah camni. Kitorang cuci-cuci mate jap masuk UTM. Oh, Utm ade buat fest. Something bout horse riding competition kot. Tak taw lah aku. Tapi dapat sambutan kot. ramai datang. Then, kitorang singgah Jom Heboh at Dangabay jap. Tapi hujan lak. Tapi redah jer. :) Ramai artis. Siap dapat tengok pelakon filem Congkak tu (aku tak tahu name dhe =P) bergelek live lagi. huhu
Ade someone tu siap tinggalkan aku sebab nak tengok dekat-dekat nyer pasal. Ciss~ -__-


Makan dah. Minum dah. Cuci mate dah. Tengok orang gelek pun dah. Badan lak mintak rest.
So, dalam pukul 7pm camtu kitorang gerak balik BP. Penat sangat tak tercakap. Semua pakat senyap jer along way back to BP. hihi. Before sampai depan rumah, dapat peluk bantal bucuk,
kitorang jalan jalan cari makan lagi kat area uni. Pekena dulu bakso, nasi goreng kampung ngan teh o ais baru senang tidur kan. hahah Buruk benor perangai. hissk~ =P






Ni muka-muka before pekena nasi minyak.
lapooo~

pinjam pic dari belog ili. malas aku nak edit yang ori.
gegegge
Lawa kan pelamin dhe. sangat2 grand! :)

ni bakal pengantin kot..
hihi

Tak banyak snap pic kat sini. Tak larat nak posing.
Kaki gile dah lenguh. Berterabur langkah =P





OtakSedangMenjana | payah betoi la bile aku pikir lame2. Adoii~ Ya Allah, engkau permudahkan lah segalanya Amin.





Yang malas nak meng'update' belog,





Monday, March 14, 2011

Makan free :)






Assalamualaikum :)

Jumaat malam hari tu aku and budak-budak kelas dapat makan dinner free kat Kg Dato' Onn.
haha. Sebabnye Yati jemput kitorang semua datang rumah baru dhe. Ade buat kenduri doa selamat and sambut birthday Inaz adik dhe. Kitorang bertolak dalam kul 6.30ptg camtu la dari rumah.


Kitorang hampir-hampir nak sesat gak la. Sebab masa nak sampai sane tu langit dah start gelap.
Nak malam dah kan. Nasib la tak meradak masuk ladang ke hape ntah aku pon tak sure. gegege
Dah cuak siot mane taknye kampung dah betol ni, just simpang ke rumah Yati lak yang tersilap masuk. hahaha. Gempor je kome ni! =P


After solat maghrib kat surau kampung,Yati datang jemput kat surau tu, barulah ke rumah baru dhe. Nak taw tak??? Rumah Yati sebelah surau tu jek. hahaha
Tu pon nak berjemput kitorang ni kan. Dasar manje toi!!! (Tapi aku patutnye tahu coz pernah datang dulu. hahha lupe kot. sowii Yati! ;P)


Lepas azan isyak majlis pon bermula dengan bacaan doa oleh orang-orang surau kampung tu.
Then next activity is......makan la!!!! What else kan. ngeee~
Sedap gile makanan yang family Yati sediakan. Ade mihun soto, sate, nasi impit kuah kacang, kuih-muih, kek and banyak lah. Semua lazat sampai menjilat jari uolsss! hihi
Tapi among all tu, kuah kacang lah yang superb! The best seriously!!
ohh! Then potong kek by Inaz coz birthday gurl of the day. hihi
Chocolate cake tu pon sedap. Semua sedap lah!hahah.
*Aku mane pernah tolak makan free.=P


Dalam pukul 10mlm we head back to Parit Raja. Penat sangat sebab perut dah penuh gile babeng punyer lah. huhu. Orang perak cakap dah terdador. =P
Disebabkan jalan kampung tak ade lampu malam-malam, so kitorang decide gune jalan besar.
Jalan besar ade lampu sampai ke Bandar Batu Pahat. :)
Around 11mlm selamat sampai. Tidur lena sambil mengosok pewut yang penuh! :P


Thx Yati!! Siap ade buah tangan lagi tuuh. LOVE u lahh! :)













OtakSedangMenjana | Sedang edit pic makan free @ jb pulak. gegegge





Sunday, March 13, 2011

pedih la gilerrrr~




Assalamualaikum :)

entry ni pendek jer. Kaki ku terpijak kaca. Berdarah byk la weh.
Cam berlakon drama yang banyak2 darah kuar tuh.
hihihihi
Tapi serius pedih bile aku basuh ngan air. ='(
Ni pasal excited masak tomyam and telor dadar la ni.
huuuuuu~

Si dia pon dah suwuh sapu minyak and tampal plaster.
Don't worry dear nati orang rest hokeyyy :)

OK! gtg. Dorang da panggil. Teman nak pegi mencekik sat eh.
=)


Yang saket tapi still ingat makan,


Friday, March 11, 2011

thank you SAHABAT!





Assalamualaikum :)

Aku baru je sampai rumah sewe dengan selamat. Tadi pegi rumah kawan. Ade kenduri doa selamat
masuk rumah baru and birthday adek dhe sekali. Thx sgt!
:)Pergi dengan hati gembira, balik dengan linangan air mata. Apelah naseb badan. =(


Pernah tak korang berada dalam situation dimana anda punya 2 kawan rapat yang dua 2 anda sayang. Tapi mereka tak ngam. Anda dah cube tuk jernihkan keadaan tapi tak berhasil. Macam mane lagi nak buat? 2 dua anda syg, anda jadi orang tengah.
Korang rase penat tak korang duk tgh2? Aku tak salahkan dorang.
Sebab aku rase dorang silap pilih kawan.
Aku ni bukan lah kawan yang baek. Yang mampu jage hati korang berdua.
Even aku dah cube. Try lah kalo korang punya 2 kawan yang tak ngam and korang
tak tahu macam mane nak bahagiakan dua2 nye sekali. Macam tulah pe yang suami beristeri dua pening kot. Tapi kalo isteri2 dhe boleh bertolak ansur, it's a bonus for him lah.


Aku rase baek la kita ber3 kawan macam biase. Tak terlampau rapat.
Ape je yang korang leh dapat dari aku?? Aku bukan anak dato' yang kaya raya.
Aku bukan ade transport sendiri yang mampu angkut korang sane sini. Infact,
aku membebankan korang. Membataskan pergerakan korang.
Mungkin suatu hari nanti korang akan cakap aku ni 'kawan tuk kepentingan je!'
Taw tak sedih nye aku dengar ayat tuh. Sorang tu aku kenal dr sem1 lagi. Memang rapat sgt.
Sorang lagi lak aku mula rapat mse sem3/4. Aku taknak kehilangan dua2. Sebab dorang my precious friends ever. =)


Pernah tak rasa perasaan serba salah?
Aku pernah rase. Aku cuba satukan bende yang susah nak digabungkan. A group of friends.
Susah! Bile semua tak bertolak ansur. Niat aku tu je. Tapi ntah la. Ape pon, aku nak mintak maaf kat both of u yang aku sayang. Aku nak sangat tengok kite same2 cam dulu.
Korang bincanglah baek2. Jangan biarkan bende ni gitu je. Perlu bersemuka.
Aku happy kalo korang dah tak bermasam muka. Hope sgt korang leh hapy same2.
Biarkan lah aku sorang2. Sebab aku rase aku ni punca korang gadoh.
Aku rase lah. Aku ni useless jew. Korang campak jela aku ni.
Tapi aku akan okay kalo both of u hapy together. Terima and tegur kalo each other tak puas hati ke ape.
Jangan simpan dalam hati nati leh jd kanser. Serius cakap.



Aku nak mintak maaf selama aku berkawan ngan korang aku dah sakitkan hati korang.
Aku tak sengaja. Mintak halal kan pe yang aku termakan terminum barang2 korang.
Aku dah cuba. Aku dah penat. Maybe korang jugak dah penat dengan aku.

So, thank you SAHABAT! :)


Aku Sayang Korang ! <3


Yang mengharap,



Berdebar-debar saye~ teheee





Assalamualaikum :)


Happy Friday peeps!
It's almost 1.00pm and u guys.. yes! i said guys not babes, hurry up take a bath,
lunch and out u go to the masjid. Jadilah yang terawal berada di masjid. Kenapa mesti kalau nak watch movie at cinema kene punctual tapi TIDAK untuk ke masjid? geggege.
Fikir-fikirkan lah sejenak. Tapi for those yang ade reasons yang memang tak leh nak dielak
takpe lah kan. :)


Ok ok back to future! eh tibe-tibe terasa nak tengok cerita BACK TO FUTURE dulu dulu tuh. hihi. Tibe-tibe teringat muke kusyuk aku tengok cerita yang penuh dgn
bende yang canggih and high technologies tu. Gile jakun. bahahahah
Ohhh! Stop the crap. Stop the ayat tibe-tibe kau tuh. hihi
Okay nak story sikit pasal semalam. Pasal nyer kitorang kene present proposal EMG kat Dr Yusof. Mesti ade yang cakap ek eleh relax lah proposal je pon. Lex luu~
Banyak la kau lex lu. Lu tak pernah bersemuka bertentangan mata bertemu hidung, 2bijik mate bertemu 2bijik mate ngan Dr. ecehh..hidung tu tipu la kan!
Bukannye ape. Cuak lebih jer. Dr okay sangat. Firm bertempat, standars la tu. Bile just 3 of us without Haniz ni ha yang cam nak terkucir je saket pewut pon datang.
Sebab kitrg hormat kat Dr la kitrg jd
kelu lidah susah nak berkata-kata ni. hihi


Bayangkan aku nak cakap quarter wave pon jad lambda wave. WTH! haha
Malu aku bile Dr. tegur nak cakap cmtuh pon susah sgt. wuwuwuwu~
Seminggu aku pakai mask g class EMG kang. huhu Tapi nasib Dr. cenyum jer mase tegur td. Fuiishhh!! Hilang malu jap. gegege


And alhamdulillah proposal kitorang were approved!!! Yeahhh2!!
Tapi kene buat sikit correction on grammer je. Awal pagi tadi before jam 8pagi aku and Umi dah
antar kat meje PA dhe. :)


Yeayy!! Leh proceed dengan design gune software lak after this. :)



cuak kot sampai bibir aku cam kene sengat lebah.
bahahahha




ni muke happy dorang 3saat sebelum masuk office Dr. Yusof.
Aku still cuak. =P

Perempuan cantek in green. Mai mai ngorat budak ni.
hihihi
Aku taw ko tersengig bace kan ida. bang bang idung! =P



OtakSedangMenjana | Tibe-tibe je rase sedih. Kalau ade mak kan best. Leh cerita macam2 and mak mesti layan je lawak bodoh aku ni. =( *lagi2 ayat tibe-tibe kau -__-


Aku yang comot,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...