Jangan pernah ucap cinta,
Kalau kau tidak mampu setia,
Jangan pernah ucap sayang,
Jika akhirnya kau hanya memberi luka,
Jangan pernah kau lontar janji kasih,
Jika kau hanya berpura-pura
Buangkan saja janji kau itu,
Kerna ianya hanya bagai menambah garam di luka,
Aku sudah cukup menahan segala dlm hati ini,
Segala dusta yang kau lakukan,
Puas ku redha menutup cerita dengan penuh lelah,
Hanya yang ku pinta kau berubah mengikut zaman,
Kerna acap kali ku beri kemaafan,
Kau hanya mampu persiakan
Sekarang ku tidak mampu bertahan,
Setiap kali aku mengalirkan air mata,
Setiap kali itu kau mohon kemaafan,
Dan setiap kali juga kau mengulangi kesilapan,
Apalah khilaf ku?
Hingga aku berkali-kali tersungkur di lembah air mata,
Adakah aku tidak layak menerima sebuah percintaan?
YA ALLAH!
Kali ini aku nekad,
Aku mahu berpaling dari gangguan emosi ini,
Aku ingin punya hati yang lapang,
Yang tidak pernah walang,
Aku mohon kau memberi kekuatan padaku
Buat si dia yang aku sayang,
Aku lepaskan kau mengejar cinta,
Aku tidak mampu memberi kerana kau tidak pernah menghargai,
Semoga kau bahagia dan kita tetap kawan
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment