Saturday, February 12, 2011

kisah seorang BAPA!






Assalamualaikum :)


Aku nak share ckit pasal insan bernama bapa @ ayah @ papa @ abah.
Entri ni khas tuk kite2 sbg anak perempuan yang sering alpa tentang insan ini.
:'( Even ayah nampak lagi relax dr mak yang slalu kite leh share sbrg masalah bersama. Tapi sebenarnya ayah pon sama risau tentang anak2 nya lebih2 lagi anak perempuan. :)

Thanks akak Dianne sbb sharekan kat yana pasal bnde ni kat FB :)

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau ke luar negeri, yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya…..

Akan sering merasa rindu sekali dengan Mamanya.

Lalu bagaimana dengan Papa?

Mungkin kerana Mama lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata Papa-lah yang mengingatkan Mama untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, Mama-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau bersembang..

tapi tahukah kamu, bahwa sepulang Papa bekerja dan dengan wajah lelah Papa selalu menanyakan pada Mama tentang kabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil……Papa biasanya mengajari puteri kecilnya naik basikal...

Dan setelah Papa mengganggapmu sudah bersedia, Papa akan melepaskan roda kecil sampingan dibasikalmu…

Kemudian Mama berkata : “Jangan dulu Papa, jangan dilepas dulu roda kecilnya” ,

Mama takut putri manisnya terjatuh lalu terluka….

Tapi sedarkah kamu?

Bahawa Papa dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan saksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI BOLEH!

Pada saat kamu menangis merengek meminta anak patung atau mainan yang baru, Mama menatapmu hiba...

Tetapi Papa akan mengatakan dengan tegas : “Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang”

Tahukah kamu, Papa melakukan itu kerana Papa tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua permintaan yang selalu dapat dipenuhi?

Saat kamu sakit sikit, Papa yang terlalu khuatir sampai kadangkala sedikit membentak dengan berkata :

“Sudah ku kata! kamu jangan minum air dingin!”.

Berbeza dengan Mama yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.

Ketahuilah, saat itu Papa benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu.

Ketika kamu sudah menjadi remaja….

Kamu mulai meminta izin pada Papa untuk keluar malam, dan Papa bersikap tegas dan mengatakan: “Tidak boleh!”.

Tahukah kamu, bahwa Papa melakukan itu untuk menjagamu?

Kerana bagi Papa, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga!

Setelah itu kamu marah pada Papa, dan masuk ke bilik sambil menghempas pintu…!!

Dan yang datang mengetuk pintu dan memmujukmu agar tidak marah adalah Mama….

Tahukah kamu, bahwa saat itu Papa memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya,

Bahawa Papa sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang jejaka mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu, Papa akan memasang wajah paling cool sedunia…. :’)

Papa sesekali mencuri dengar atau mengintip saat kamu sedang bersembang berdua di ruang tamu..

Sedarkah kamu, kalau hati Papa merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercayai, dan Papa melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.

Maka yang dilakukan Papa adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat bimbang…

Dan setelah perasaan bimbang itu berlarut - larut…

Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati Papa akan mengeras dan Papa memarahimu.. .

Sedarkah kamu, bahawa ini kerana hal yang di sangat ditakuti Papa akan segera terjadi?

“Bahawa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkan Papa”

Setelah lulus pengajian tinggi, Papa akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Akauntan.

Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan Papa itu semata - mata hanya kerana memikirkan masa depanmu nanti…

Namun Papa tetap tersenyum dan mendukungmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan Papa...

Ketika kamu menjadi gadis dewasa….

Dan kamu harus pergi kuliah di bandar lain…

Papa harus melepaskanmu pergi...

Tahukah kamu bahawa badan Papa terasa kaku untuk memelukmu?

Papa hanya mampu tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. .

Padahal Papa ingin sekali menangis seperti Mama dan memelukmu erat-erat.

Yang Papa lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata “Jaga dirimu baik-baik ya sayang”.

Papa melakukan itu semua agar kamu KUAT…kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu perlukan wang untuk membiayai yuran semester dan sara hidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah Papa.

Papa pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya dapat merasa sama dengan teman-temannya yang lain.

Ketika permintaanmu bukan lagi sekedar meminta anak patung baru, dan Papa tahu ia tidak boleh memberikan yang kamu inginkan…

Kata-kata yang keluar dari mulut Papa adalah : “Tidak…. Tidak boleh!”

Padahal dalam batin Papa, Ia sangat ingin mengatakan “ya sayang, nanti Papa belikan untukmu”.

Tahukah kamu bahawa pada saat itu Papa merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu tamat pengajian sebagai seorang graduan....

Papa adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.

Papa akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat “puteri kecilnya yang tidak manja berhasil menjadi dewasa, dan telah menjadi seseorang”

Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada Papa untuk mengambilmu darinya.

Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..

Kerana Papa tahu…..

Bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan kedudukannya nanti.

Dan akhirnya….

Saat Papa melihatmu duduk di Jinjang Pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya layak menggantikannya, Papa pun tersenyum bahagia….

Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu Papa pergi kebelakang pelamin sebentar, dan menangis?????

Papa menangis kerana papa sangat berbahagia, kemudian Papa berdoa….

Dalam doanya kepada ALLAH, Papa berkata: “Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik….

Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi seorang wanita yang cantik….

Bahagiakanlah ia bersama suaminya…”

Setelah itu Papa hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk…

Dengan rambut yang telah dan semakin memutih….

Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya….

Papa telah menyelesaikan tugasnya….

Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita…

Adalah susuk yang harus selalu terlihat kuat…

Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis…

Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu...

Air mata papa deras membanjiri kelopak matanya...

ya..Papa pun mampu menangis...

Tangisan yang lahir dari KASIH SEORANG AYAH

Dan dialah orang pertama yang selalu yakin bahawa “KAMU BOLEH” dalam segala hal…

ya ALLAH...ampunilah dosa kedua ibu bapaku...AMINNNN.....




So, penah x kite fikir betapa besarnya pengorbanan ayah selama kite hidop?
Kalo ak, dah 22 tahun di muka bumi ni. Memang ayah nampak kasar n kaku kadang2. Tapi aku tahu jaoh di sudut sana, hati dhe kdg2 sensitif jugak.
Masa mak aku msuk ICU dlu, dhe yang uruskan rumah. Masa raya haji, mak stil kat wad, ayah seboleh2 control sedih. Tapi aku dapat nampak airmata kat mata dhe mse bersalam raya. And 1st time mse salam ayh kiss kitrg adek beradik. :'( mungkin nak alirkan kekuatan pada kitrg yang dlm mood sedih.
I LOVE U ayah ! And sorry sbb lambat wish birthday haritu. :)





OtakSedangMenjana | Isnin ader test POWER SYSTEM. Jom study malam ni. :)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...